KISAH NABI AYUB AS.
Nabi Ayub as menggambarkan sosok manusia yang paling
sabar, bahkan bisa dikatakan bahawa beliau berada di puncak kesabaran. Sering
orang menisbatkan kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti
sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin
kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan
pada setiap budaya. Allah s.w.t telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya
Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t.
Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir,
syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan
rahsia pujian Allah s.w.t padanya.
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan bentuk dari
penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang
penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat
sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Dalam cuplikan kitab Taurat
disebutkan berkenaan dengan Nabi Ayub: "Maka keluarlah syaitan dari
haribaan Tuhan dan kemudian Ayub terkena suatu luka yang sangat mengerikan dari
ujung kakinya sampai kepalanya." Tentu kita menolak semua ini sebagai
suatu hakikat yang nyata. Kami pun tidak mentolerir jika itu dianggap sebagai
perbuatan seni semata. Perhatikanlah ungkapan dalam Taurat: "Kemudian
syaitan keluar dari haribaan Tuhan kita," sebagai orang-orang Muslim, kita
mengetahui bahawa syaitan telah keluar dari haribaan Tuhan sejak Allah s.w.t
menciptakan Adam as. Maka, kapan syaitan kembali ke riba Tuhan? Kita berada di
hadapan ungkapan seni, tetapi kita tidak berada di hadapan suatu hakikat.
Lalu, bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana
kisahnya? Yang popular tentang cubaan Nabi Ayub dan kesabarannya adalah riwayat
berikut: para malaikat di bumi berbicara sesama mereka tentang manusia dan
sejauh mana ibadah mereka. Salah seorang di antara mereka berkata: "Tidak
ada di muka bumi ini seorang yang lebih baik daripada Nabi Ayub. Beliau adalah
orang mukmin yang paling sukses, orang mukmin yang paling agung keimanannya,
yang paling banyak beribadah kepada Allah s.w.t dan bersyukur atas
nikmat-nikmat-Nya dan selalu berdakwah di jalan-Nya." syaitan mendengarkan
apa yang dikatakan lalu ia merasa terganggu dengan hal itu. Kemudian ia pergi
menuju ke Nabi Ayub dalam rangka berusaha menggodanya tetapi Nabi Ayub adalah
seorang Nabi di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah
s.w.t sehingga syaitan tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Ketika syaitan berputus asa dari mengganggu Nabi Ayub, ia
berkata kepada Allah s.w.t: "Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu
dan menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia
menyembah-Mu kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai
balasan kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau
telah memberinya kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya,
kekayaannya, dan anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau
kurniakan padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang
dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan
hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak,
dan bukan ibadah yang murni kerana cinta."
Riwayat tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata
kepada iblis: "Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati
imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu
untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan,
kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan."
Akhirnya, syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub
dan berbagai tanaman dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu
menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke
puncak kefakiran. Kemudian syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub
berkata: "Oh musibah dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan kepada-Nya
amanat yang ada di sisi kami di mana Dia saat ini mengambilnya. Allah s.w.t
telah memberi kami nikmat selama beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah
s.w.t atas segala nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada
hari ini nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku
dalam keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan
manfaat dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah
Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan
mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang
dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya." Kemudian
Nabi Ayub sujud dan Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.
Lalu syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata:
"Ya Allah, jika Ayub tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan
pujian, dan tidak mendapatkan musibah kecuali mendapatkan kesabaran maka hal
itu sebagai bentuk usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan
melalui mereka kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia dapat menjalani
kehidupan yang lebih mudah." Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t
membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak Ayub. Kemudian
syaitan menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya tinggal sehingga mereka
semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan
menyeru: "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia
memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat
dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan
merasa malu."
Iblis kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa
Ayub dapat bersabar kerana badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan
kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari
kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk
mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari
kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya
membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya
meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap bersabar dan
bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya
dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan
itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat
namun ia tidak mengetahui apa yang harus dilakukannya. Di sini syaitan
mengumpulkan para penasihatnya dari pakar-pakar dan ia menceritakan tentang
kisah Ayub dan meminta mereka mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan
rasa putus asanya saat menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya
dan syukurnya.
Salah seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah
mengeluarkan Adam bapak manusia dari syurga, lalu dari mana engkau
mendatanginya? Oh, yang engkau maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan
Iblis suatu ide yang baru. Lalu ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya
dengan rasa putus asa sehingga ia pergi ke Ayub dan berkata padanya:
"Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan
kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"
Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab:
"Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi
kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?" Perempuan itu
berkata: "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan
cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?" Nabi
Ayub berkata: "Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya
menjawab: "Delapan tahun." Ayub berkata: "Berapa lama kita
mendapat penderitaan?" Isterinya menjawab: "Tujuh tahun." Ayub
berkata: "Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan
penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak
melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku
sembuh dan kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus
kali pukulan dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan
dari minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah
kau dariku."
Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub
tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung penderitaannya. Penderitaan
yang seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya gunung tidak akan mampu
menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh
kasih sayang dan meminta belas kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t
menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah
riwayat yang popular berkenaan dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Menurut hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai
dengan teks Taurat yang menjelaskan sakitnya Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak
menerima jika dikatakan bahawa penyakitnya sangat buruk sekali yang menyebabkan
masyarakat lari darinya sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi
kami, riwayat semacam itu bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu
kita perhatikan dan perlu kita pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan
oleh Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab
satu-satunya yang pasti benar yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan
(ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya
aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di
antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami
lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya,
dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami
dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS.
al-Anbiya': 83-84)
Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang
soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya
dalam hartanya, keluarganya, dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi
orang fakir setelah sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia
ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti
kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa
menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap
bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau
menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama
penyakitnya, rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan
segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit,
kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada
suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar
di relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan
penderitaan yang engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau
berhenti sabar dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu.
Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t
mencintainya nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat.
Demikianlah pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu
seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak
menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka.
Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub
seperti berputarnya lalat di musim panas di sekitar kepala manusia, namun
beliau mampu menghilangkan fikiran ini dan sambil tersenyum kepada dirinya
beliau berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti
bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan
rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam keadaan marah
kerana syaitan berani untuk mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh
jadi syaitan berani menggodanya dengan memanfaatkan kesendiriannya,
penderitaannya, dan penyakitnya.
Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan
mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya
dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan
makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana engkau
mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali
pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi kesabarannya sungguh sangat
luas seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore, setelah mengetahui kehalalan
makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar
menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan
ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: 'Sesungguhnya aku
diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan' (Allah berfirman): 'Hentamkanlah
kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi
dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada
mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi
orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat
(rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)
Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub,
"Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."?
Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya
di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi Ayub tidak
percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana pengaruh syaitan.
Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para
nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di
salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum
dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta
minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau
merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas
dalam tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan
kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat
dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t
memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub
tidak menjadi fakir.
Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama
merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau
telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat
ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa
beliau tidak bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai
melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera
mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan
hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan
demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t
membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:
"Sesungguhnya
Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)