KISAH NABI SYU’IB
By, Kanthi Suci
Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan
bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir
negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir tidak mengenal Tuhan Yang
Maha Esa. Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir
yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka
sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’ib
a.s.
Banyak orang di zaman kita beranggapan bahawa agama hanya
merupakan program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah
keyakinan klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah sistem dalam
kehidupan dan pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah s.w.t. Oleh kerana
itu, usaha memisahkan antara masalah-masalah tauhid dan perilaku manusia dalam
kehidupan mereka sehari-hari bererti memisahkan agama dari kehidupan dan
mengubahnya menjadi adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan acara-acara ritual
yang hampa. Kisah Nabi Syu’ib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah s.w.t mengutus Syu’ib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada
(penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia berkata: 'Hai kaumku,
sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.'" (QS. Hud:
84)
Ini adalah dakwah yang sama yang diserukan oleh setiap
nabi. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara satu nabi dan nabi yang lain. Ia
merupakan dasar akidah dan tanpa dasar ini mustahil suatu bangunan akan
berdiri. Setelah peletakan bangunan tersebut, Syu’ib mulai menyuarakan
dakwahnya:
"Dan
janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu
dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan
azab hari yang membinasakan (kiamat)." (QS. Hud: 84)
Setelah menjelaskan masalah tauhid secara langsung, Nabi
Syu’ib berpindah pada masalah muamalah sehari-hari yang berkenaan dengan
kejujuran dan keadilan. Adalah hal yang terkenal pada penduduk Madyan bahawa
mereka mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia. Ini
adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan sebagaimana
menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para penduduk Madyan beranggapan bahawa mengurangi
timbangan adalah salah satu bentuk kelihaian dan kepandaian dalam jual-beli
serta bentuk kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang
dan mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk
pencurian. Nabi Syu’ib memberitahukan kepada mereka bahawa beliau khawatir jika
mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab di
mana manusia tidak akan dapat menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah bagaimana
campur tangan Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di mana ia
memperhatikan persoalan jual-beli dan mengawasinya:
"Hai kaumku,
cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan
manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka
bumi dengan membuat kerosakan." (QS. Hud: 85)
Nabi Syu’ib meneruskan misi dakwahnya. Beliau
mengulang-ulangi nasihatnya kepada mereka dengan cara yang baik dan mengajak ke
jalan yang baik, tidak ke jalan yang buruk; beliau menghimbau kepada mereka
untuk menegakkan timbangan dengan keadilan dan kebenaran dan mengingatkan
mereka agar jangan merampas hak-hak orang lain. Merampas hak-hak orang lain itu
tidak terbatas pada jual-beli saja, namun juga berhubungan dengan
perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan mereka untuk menegakkan
timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan dari agama tauhid dan
akidah tauhid di mana ia selalu menyuarakan kejujuran dan keadilan.
Agama selalu memerintahkan manusia untuk menjalin
kerjasama sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari dengan cara-cara yang
bijaksana dan baik, baik menyangkut hubungan kerja, hubungan peribadi mahupun
hubungan lainnya. Al-Quran al-Karim mengatakan: "Dan janganlah kamu merugikan
manusia terhadap hak-hak mereka. "Dan kata as-Syai' (sesuatu) dalam ayat
tersebut diucapkan kepada hal-hal yang bersifat materi dan yang bersifat
non-materi (rohani) di mana masuk dalam kategori itu perbuatan-perbuatan dan
hubungan-hubungan yang menghasilkan. Al-Quran melarang segala bentuk kezaliman,
baik kezaliman berkenaan dengan menimbang buah-buahan atau sayur- sayuran
mahupun kezaliman dalam bentuk tidak memberikan penghargaan terhadap usaha
manusia dan pekerjaan mereka. Sebab, kelaliman terhadap manusia akan
menciptakan suasana ketidakharmonisan yang berakibat pada timbulnya
penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli, sehingga pada akhirnya
hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan menimbulkan kegoncangan
dalam kehidupan. Oleh kerana itu, Al-Quran mengingatkan agar jangan sampai ada
manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan
janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa
(keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman.
Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah sengaja membuat kerosakan
dan bertujuan untuk membuat kerosakan. Janganlah kalian membuat kerosakan di
muka bumi; janganlah kalian sengaja untuk menciptakan keonaran di muka bumi.
Apa yang ada di sisi Allah s.w.t adalah hal yang terbaik buat kalian jika
kalian benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka
bahawa ia tidak memiliki sesuatu kepada mereka; ia tidak dapat menguasai mereka
tidak juga ia selalu mengawasi mereka. Beliau hanya sekadar seorang rasul atau
utusan untuk menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku
bukanlah seorang penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi Syu’ib menjelaskan
kaumnya bahawa masalah yang mereka hadapi saat ini sangat penting dan sangat
serius, bahkan sangat berat. Beliau memberitahu mereka akibat yang bakal mereka
terima jika mereka membuat kerosakan. Selesailah bahagian pertama dari dialog
Nabi Syu’ib bersama kaumnya. Nabi Syu’ib telah mengawali pembicaraan dan
kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya dan sekarang
kaum membuka pembicaraan:
"Mereka
berkata: 'Hai Syu’ib, apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa
yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang dan berbuat apa yang kami
kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat
penyantun lagi berakal " (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir mereka biasa merampok dan
menyembah al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan- dahan
yang berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin
hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Mereka suka
mengurangi timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan tidak
menghiraukan kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama
Syu’ib. Mereka berkata, "wahai Syu’ib apakah agamamu yang
memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu’ib dan
membisikinya serta memerintahnya sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan dan
pemikiran. Sungguh Syu’ib telah berubah dengan agamanya itu menjadi alat yang
bergerak dan alat yang tidak sedar. Demikianlah celaan dan tuduhan keji yang
dialamatkan oleh kaum Nabi Syu’ib kepadanya. Agama Syu’ib telah membuatnya gila
dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka meninggalkan apa yang selama
ini mereka sembah dan disembah oleh kakek-kakek mereka. Kakek-kakek mereka
telah menyembah tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan sementara agama Syu’ib
memerintahkan mereka untuk hanya menyembah Allah s.w.t. Kenekatan model apa
dari Syu’ib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini, Nabi Syu’ib menghadapi
dialog yang terjadi dengan mereka. Kemudian mereka kembali bertanya-tanya dengan
penuh keheranan dan dengan nada mengejek: "Apakah agamamu yang menyuruh
agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak- bapak kami." Tidakkah
engkau sedar wahai Syu’ib bahawa agamamu ingin mencampuri keinginan kita dan
cara kita menggunakan harta kita? Apakah hubungan keimanan dan salat dengan
muamalah materi?
Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi Syu’ib mengira bahawa
mereka mencapai suatu tingkat kecerdasan. Mereka mengemukakan di hadapannya
masalah keimanan, dan mereka mengingkari adanya keterkaitan antara perilaku
manusia dan muamalah mereka serta perekonomian mereka. Ini adalah masalah yang
klasik; ini adalah usaha untuk memisahkan antara ekonomi dan Islam di mana
setiap nabi justru di utus untuknya meskipun nama-nama mereka berbeza-beza; ini
adalah masalah kuno yang diungkap oleh kaum Nabi Syu’ib di mana mereka
mengingkari bahawa agama turut campur dalam kehidupan sehari-hari mereka,
perekonomian mereka dan cara mereka menggunakan harta mereka. Mereka menganggap
bahawa menginfakkan harta atau menggunakannya atau menghambur-hamburkannya
adalah suatu yang tidak berhubungan dengan agama. Hal itu menyangkut kebebasan
peribadi manusia. Bukankah itu hartanya yang khusus lalu mengapa agama turut
campur di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi Syu’ib kepada Islam yang
dibawa oleh Nabi Syu’ib. Kami kira pemahaman demikian sedikit atau banyak tidak
berbeza dengan pemahaman banyak masyarakat di zaman kita sekarang mereka
menganggap bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan kehidupan peribadi manusia
dan kehidupan perekonomian mereka. Oleh kerana itu, manusia dapat menggunakan
harta mereka sesuai dengan kemahuan mereka: "Sesungguhnya kamu adalah
orang yang sangat penyantun lagi berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada Nabi Syu’ib, seandainya engkau
seorang yang bijaksana dan memiliki pemikiran yang matang nescaya engkau tidak
akan mengatakan apa yang telah engkau katakan. Mereka kembali mengejek Nabi
Syu’ib dan merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda bertanya kepada kaum Nabi
Syu’ib tentang pemahaman agama mereka maka mereka pasti mengingkari bahawa
agama adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang menjadikan hidup lebih mulia,
lebih suci, lebih adil dan lebih pantas manusia untuk menjabat sebagai
khalifatullah di muka bumi; seandainya Anda bertanya kepada mereka tentang
agama nescaya mereka memberitahumu bahawa ia hanya berupa kumpulan nilai-nilai
rohani yang baik yang tidak mewarnai kehidupan sehari-hari. Dengan pemahaman
seperti ini, agama hanya sekadar hiasan. Ini adalah pemahaman yang menggelikan
kerana Allah s.w.t mengutus para nabi dan ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan
untuk perhiasan dan main- mainan.
Maha Suci Allah s.w.t dari semua itu. Allah s.w.t
mengutus para nabi-Nya dengan membawa sistem baru dalam kehidupan, yaitu sistem
yang mencakup nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang itu semua tidak akan
bermakna jika tidak berubah menjadi suatu sistem dalam kehidupan secara umum
dan mengatur kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman seperti inilah agama
menjadi mulai dan agama menjadi benar adanya. Dan dengan asumsi seperti ini,
kita memahami seberapa jauh campur tangan agama dalam persoalan-persoalan
kehidupan sehari- hari: dimulai dari hubungan-hubungan cinta sampai
undang-undang perkahwinan, bahkan cara mengambil keputusan hidup sampai sistem
dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga sistem dalam cara menggunakan
dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya. Jika manusia memahami agama seperti
ini maka jadilah agama sesuatu kebenaran. Dan kalau tidak, agama laksana
puing-puing saja.
Nabi Syu’ib mengetahui bahawa kaumnya mengejeknya kerana
mereka menganggap agama tidak turut campur dalam kehidupan sehari-hari. Namun,
beliau menghadapi semua itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana
beliau yakin apa yang beliau bawa adalah kebenaran. Beliau tidak peduli dengan
ejekan mereka dan tidak tersinggung dengannya dan tidak mempersoalkan hal itu;
beliau memberi pengertian kepada mereka bahawa beliau berada di atas kebenaran
dari Tuhannya; beliau adalah seorang nabi yang mengetahui kebenaran; beliau
tidak melarang mereka untuk meninggalkan sesuatu yang di balik larangan itu
mendatangkan keuntungan peribadi buatnya; beliau tidak ingin menasihati mereka
dalam kejujuran agar pasar menjadi sepi dan kerananya beliau mengambil manfaat;
beliau hanya sekadar seorang nabi di mana dakwah setiap nabi tergambar dalam
ungkapan yang singkat:
"Aku tidak
bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan.
" (QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya al-Islah (usaha membuat perbaikan).
Demikianlah kandungan dan inti dakwah para nabi yang sebenarnya. Mereka adalah
al-Muslihun, yaitu orang-orang yang membuat perbaikan; mereka memperbaiki akal,
memperbaiki hati dan memperbaiki kehidupan yang umum dan kehidupan yang khusus:
"Syu’ib
berkata: 'Hai kaumku, bagaimana fikiranku jika aku mempunyai bukti yang nyata
dari Tuhanku dan dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah aku
menyalahi perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan
mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan)
perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku
melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya
kepada-Nya-lah
aku
kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah Nabi Syu’ib menjelaskan tujuan-tujuannya kepada
mereka dan menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau mulai mengotak-atik akal-
akal mereka; beliau mengungkapkan kepada mereka bagaimana pergelutan
orang-orang sebelum mereka dengan para nabi sebelumnya, yaitu kaum Nabi Nuh,
kaum Nabi Hud, kaum Nabi Saleh, dan kaum Nabi Luth yang masa mereka tidak jauh
dengan masa Nabi Syu’ib. Beliau mulai berdialog dengan mereka dan mengingatkan
mereka bahawa sikap penentangan mereka justru akan mendatangkan seksaan bagi mereka.
Nabi Syu’ib mengingatkan mereka bagaimana nasib orang-orang yang mendustakan
kebenaran:
"Hai kaumku,
janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu
menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum
Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.
Dan mohonlah ampun dari Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya
Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu’ib berdakwah kepada Allah s.w.t dan
menjelaskan al-ishlah (usaha memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka
bahaya penentangan serta menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali
seksaan yang diterima orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun demikian,
Nabi Syu’ib tetap membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat bagi mereka.
Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu’ib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan
keinginan mereka untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan
sistem yang mengatur mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran:
"Mereka
berkata: 'Hai Syu’ib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan
itu.'" (QS. Hud: 91)
Kami tidak memahamimu. Engkau adalah seorang yang
mengacau; engkau mengatakan sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan
sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara
kami." (QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang yang lemah kerana
orang-orang fakir dan orang-orang yang menderita adalah orang-orang yang
beriman padanya, sedangkan orang-orang kaya dan para pembesar telah menentang
mereka. Demikianlah pertimbangan umumnya manusia yang tidak memiliki kekuatan
cukup untuk menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu’ib di mana beliau dianggap
sebagai orang yang lemah:
"Kalau
tidaklah kerana keluargamu tentulah kami akan merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya kalau bukan kerana keluargamu dan kaummu dan
orang-orang yang mengikutimu nescaya kami akan menggali suatu lubang dan kami
akan bunuh kamu di lubang itu dengan cara melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu
pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami." (QS. Hud: 92)
Kaum Nabi Syu’ib berpindah dari cara mengejek pada cara
menyerang. Nabi Syu’ib telah menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka
mengejeknya, lalu mereka mengubah cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya
bahawa mereka tidak memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahawa
Nabi Syu’ib sebagai orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau bukan
kerana mereka takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka akan membunuhnya.
Mereka menampakkan kebencian kepada Nabi Syu’ib dan ingin sekali untuk
membunuhnya kalau bukan kerana alasan-alasan yang berhubungan dengan
keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi Syu’ib tetap menunjukkan sikap
lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka dengan maksud untuk menggugah ke
sekian kalinya akal mereka:
"Syu’ib
menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu
daripada Allah. " (QS. Hud: 92)
Apakah cukup rasional jika mereka membayangkan hal
tersebut? Mereka melupakan hakikat kekuatan yang mengatur alam. Sesungguhnya
hanya Allah s.w.t Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya mereka mengingat
hal itu; seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun selain Allah s.w.t dan
tidak membandingkan kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah s.w.t.
Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu’ib mulai kesal dan semakin
kesal dengannya, lalu berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka
dari kaum Syu'ib yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami akan
mengusir kamu hai Syu’ib dan dengan orang-orang yang beriman bersamamu dari
kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi
Syu’ib; mereka mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka;
mereka memberi pilihan kepada Nabi Syu’ib antara terusir dan kembali kepada
agama mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu’ib
memberitahu kepada mereka bahawa masalah kembalinya ia ke agama mereka adalah
masalah yang tidak berhubungan dengan masalah-masalah yang disebutkan dalam
perjanjian. Sungguh Allah s.w.t telah menyelamatkan beliau dari agama mereka
lalu bagaimana beliau kembali lagi padanya? Beliau yang mengajak mereka pada
agama tauhid lalu bagaimana beliau mengajak mereka untuk kembali pada
kesyirikan dan kekufuran? Beliau mengajak mereka dengan cara yang lembut dan
kasih sayang sementara mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya
semakin berlanjutan. Nabi Syu’ib memegang amanat dakwah untuk menghadapi para
pembesar, para pendusta, dan para penguasa kaumnya. Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai
mengetahui bahawa mereka tidak lagi memiliki harapan kerana mereka telah
berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang
Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya
pengetahuan Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. Dan (dia berkata): 'Hai
kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula).
Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan
siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu
bersama kamu." (QS. Hud: 92-93)
Nabi Syu’ib berlepas diri dari mereka. Mereka telah
berpaling dari agama Allah s.w.t bahkan telah mendustakan nabi-Nya dan
menuduhnya bahawa ia tersihir dan seorang pembohong. Maka, setiap orang
hendaklah melakukan apa saja yang diinginkannya dan hendaklah mereka menunggu
azab Allah s.w.t. Kemudian pergelutan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya berakhir
adanya fasa baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu’ib untuk mendatangkan azab
dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada mencabar
dan menentang, mereka berkata: "di mana azab itu, di mana seksaan yang dijanjikan
itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu’ib dan beliau dengan tenang
menunggu datangnya azab Allah s.w.t. Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau agar
keluar bersama orang-orang mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib
keluar bersama para pengikutnya dan datanglah azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala
datang azab Kami. Kami selamatkan Syu’ib dan orang- orang yang beriman
bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan orang-orang lalim
dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati
bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat
itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah
binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang
kepada mereka dari celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka
barangkali bergembira kerana membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka
dikejutkan ketika datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan
itu membawa bencana buat mereka; teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang
ada di dalam negeri itu. Mereka tidak mampu bergerak dan tidak mampu
menyembunyikan diri dan tidak pula mereka dapat menyelamatkan diri mereka.